-
JUALAN SEKARANG
DISKAUN SEBANYAK 40% BAGI SEMUA JURNAL DAN PROSIDING
TAWARAN TAMAT OGOS 2017
-
TENTANG KAMI
SIAPA KAMI
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) atau Malaysian Translators Association (MTA) adalah sebuah badan profesional bukan kerajaan (NGO) yang menangani segala aspek yang berkaitan dengan terjemahan pada amnya dan yang relevan dari aspek akademik, hubungan antarabangsa dan fungsi sosial yang berkaitan.
VISI
Peningkatan terjemahan oleh penterjemah yang berwibawa serta profesional agar hasil karya mereka mematuhi, dan mencapai tahap piawaian dalam amalan yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa.
MISI
Bagi menghasilkan karya terjemahan yang bermutu tinggi dan mempunyai padanan yang tepat dari segi makna dalam teks asal.
Bagi memajukan dan memperjuangkan kepentingan penterjemah dari segi moral dan material.
Bagi menyokong dan memajukankan pengiktirafan penterjemahan sebagai suatu kerjaya, dan meningkatkan status penterjemah dalam kalangan masyarakat.
Bagi mengendalikan dan mentadbir khidmat penterjemahan secara profesional, jitu dan berwibawa.
-
APA YANG KAMI LAKUKAN
LATIHAN PENTERJEMAH
PENERBITAN DISELARASKAN
MEMUPUK KERJASAMA
PELUANG TERJEMAHAN
AKTIVITI YANG DISELARASKAN
PERKHIDMATAN PENTERJEMAHAN BERKUALITI
Kami sedia bekerjasama dengan anda
hubungi kami dan kami akan kembali kepada anda dalam masa 3 hari bekerja, berkaitan dengan pertanyaan anda
-
K E A N G G O T A A N
BORANG Keanggotaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah menunjukkan minatnya dalam lapangan penterjemahan, atau yang tugasnya berkaitan dengan penghasilan bahan terjemahan dari bahasa asing ke Bahasa Malaysia atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, bukan warganegara Malaysia dibenarkan menjadi ahli Bersekutu (boleh menghadiri mesyuarat agung tetapi tidak berhak untuk mengundi).
TEMUI KAMI DI:
URUS SETIA MTA:
MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION
171-A, TINGKAT SATU, JALAN MAHARAJALELA,
50150 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Telefon: +603-9226 2506; +603-2144 2506
Faks: +603-2142 4381
E-mel: [email protected]
Website: www.malaysiantranslatorsassociation.com
