TENTANG KAMI

SIAPA KAMI

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) atau Malaysian Translators Association (MTA) adalah sebuah badan profesional bukan kerajaan (NGO) yang menangani segala aspek yang berkaitan dengan terjemahan pada amnya dan yang relevan dari aspek akademik, hubungan antarabangsa dan fungsi sosial yang berkaitan.

VISI

Peningkatan terjemahan oleh penterjemah yang berwibawa serta profesional agar hasil karya mereka mematuhi, dan mencapai tahap piawaian dalam amalan yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa.    

 

 

(Maklumat Lanjut)

MISI

Bagi menghasilkan karya terjemahan yang bermutu tinggi dan mempunyai padanan yang tepat dari segi makna dalam teks asal.

Bagi memajukan dan memperjuangkan kepentingan penterjemah dari segi moral dan material.

Bagi menyokong dan memajukankan pengiktirafan penterjemahan sebagai suatu kerjaya, dan meningkatkan status penterjemah dalam kalangan masyarakat.

Bagi mengendalikan dan mentadbir khidmat penterjemahan secara profesional, jitu dan berwibawa.

Kami sedia bekerjasama dengan anda

hubungi kami dan kami akan kembali kepada anda dalam masa 3 hari pekerjaan, berkaitan dengan pertanyaan anda

JUMPAI KAMI DI:

URUSETIA MTA:

MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION
171-A, TINGKAT PERTAMA, JALAN MAHARAJALELA,
50150 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

Telefon: +603-9226 2506; +603-2144 2506
Fax: +603-2142 4381
Emel: terjemah1@gmail.com
Website: www.malaysiantranslatorsassociation.com